Prosedur permohonan salinan surat perakuan ruju


Surat Perakuan Rujuk adalah antara dokumen perkahwinan yang amat penting bagi pasangan yang telah rujuk selepas berlaku perceraian. Oleh yang demikian, ia perlu disimpan di tempat yang selamat. Namun begitu, sekiranya berlaku kehilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen rujuk yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah(PAID).

Sehubungan dengan itu, laman ini menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Rujuk secara online bagi membantu dan memudahkan pasangan suami isteri/ individu yang rujuk di Selangor, memohon Salinan Surat Perakuan Rujuk yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di PAID.

Selain itu, laman ini juga turut menyediakan satu senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pasangan/ individu semasa berurusan di PAID bagi urusan tersebut.