Prosedur permohonan salinan surat perakuan nikah


Surat Perakuan Nikah adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah berkahwin. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.

Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen pernikahan yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Sehubungan dengan itu, laman ini menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Nikah secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang telah berkahwin di Selangor, memohon salinan surat perakuan nikah yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di PAID.

Selain itu, laman ini juga turut menyediakan satu senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan oleh individu tersebut semasa berurusan di PAID.