Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Kursus Pra-Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).

Laman ini menyediakan Borang Kursus Pra Perkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam(MBKPPI).

Disini, pemohon boleh merujuk prosedur dan langkah-langkah permohonan untuk mengisi borang. Pemohon boleh memilih tarikh kursus dan lokasi pilihan yang bersesuaian dan menghantar permohonan secara online.

Laman ini juga menyediakan Jadual Kursus dan Peraturan Kursus Pra Perkahwinan untuk makluman awal kepada bakal peserta kursus.

Sila login untuk memohon di muka utama http://ncr.jais.gov.my/

peraturan

  1. PERATURAN PENTING PESERTA KURSUS

    1. SIKAPNiat berkursus hendaklah ikhlas kerana Allah semata mata. Berakhlak mulia sepanjang kursus berjalan, seperti memberi salam, beramah mesra serta tolong menolong antara satu sama lain. Menumpukan sepenuh masa, tenaga, perhatian dan kebolehan kepada kursus.

    2. KEHADIRANPeserta diwajibkan menghadiri kuliah yang diadakan sepertimana yang dijadualkan kecuali di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat keizinan dari Penyelaras Kursus. Peserta dikendaki berada di dalam dewan kuliah selewat-lewatnya lima minit sebelum kuliah bermula. Setiap peserta dikehendaki memberi kerjasama/ mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang dijalankan. Peserta dikendaki memakai tanda nama disepanjang kursus berjalan.

    3. PAKAIAN / PERALATANHendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas, menutup aurat, bertudung dan tidak berpakaian yang menjolok mata bagi peserta wanita. Tidak dibenarkan memakai baju Tshirt tanpa kolar dan seluar jeans semasa berkursus bagi peserta lelaki. Tuala, sabun mandi, berus/ ubat gigi, pensil, pen dan lain lain hendaklah dijaga dengan baik. Penjagaan barang kemas / barang berharga adalah tanggungjawab peserta sendiri.

    4. PENGINAPAN(Jika disediakan) Bilik penginapan mestilah sentiasa bersih, kemas dan teratur. Barang barang seperti pakaian, kasut dan lain lain hendaklah diletakkan di tempat yang bersesuaian. Bilik mandi, tandas, kolah, lantai, tempat cukur dan cermin muka hendaklah dijaga kebersihannya. Sabun, berus / ubat gigi hendaklah dijaga kebersihannya. Sampah sarap hendaklah dibuang di dalam tong yang disediakan dan jangan buang sampah merata rata. Kebersihan bilik penginapan, bilik kuliah dan tempat solat hendaklah dijaga.

    5. DEWAN MAKANPeserta dikendaki makan/ minum secara berjemaah. Pastikan semua peserta telah duduk dan doa dibacakan sebelum makan/ minum. Makan/ minum hendaklah dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh peserta yang diamanahkan oleh Penghulu Kursus. Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat makan / minum.

    6. MEROKOKMerokok tidak dibenarkan di tempat-tempat seperti Dewan Kuliah, Tempat Solat, Bilik Penginapan dan Dewan Makan. Merokok hanya dibenarkan diluar waktu kuliah dan di tempat 'Sudut Merokok'.

    7. API/AIR/KIPAS/HAWA DINGINMenyalahgunakan punca elektrik seperti menyambung pendawaian tanpa mengikut peraturan adalah dilarang sama sekali. Suis lampu/kipas/hawa dingin hendaklah dimatikan sebelum meninggalkan bilik kuliah/tempat solat/ dewan makan dan bilik penginapan. Semua paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.

    8. PERATURAN AMPenggunaan telefon hendaklah diluar waktu dengan kebenaran Penyelaras Kursus. Tidak dibenarkan keluar dari " kawasan kursus" kecuali di atas sebab sebab yang dibenarkan oleh Penyelaras Kursus. Meletakkan Kenderaan ditempat yang dibenarkan sahaja. Sekiranya ada peserta yang sakit dan memerlukan rawatan, Penghulu Kursus hendaklah menghubungi urusetia kursus untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.


  2. PERATURAN PERATURAN KURSUS

    1. PERLANTIKAN PENGHULUSeorang Penghulu dan Penolong Penghulu hendaklah dilantik dari kalangan peserta.

    2. TUGAS PENGHULUDiantara tugas Penghulu ialah:

      • Melantik: Pengerusi Majlis pada setiap sessi ceramah.
      • Memastikan kehadiran peserta kursus pada tiap-tiap kuliah, perbincangan dan solat berjemaah serta memastikan para peserta makan dan minum secara berjemaah.
      • Memastikan kehadiran penceramah.
      • Memastikan suis lampu dan peralatan elektrik dimatikan selepas selesainya satu satu kuliah / ceramah.
      • Mengendalikan segala urusan kebajikan peserta.
      • Memastikan segala peraturan kursus diikuti dengan baik.
      NOTA : Tugas Penolong Penghulu ialah membantu tugas tugas Penghulu.
    3. JADUAL KURSUSJadual harian sepanjang kursus adalah seperti yang diberi kepada setiap peserta.

prosedur