Pengenalan


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuik kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan di antrara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir(ar-Ruum : 21)

Hikmat Allah S.W.T menjadikan manusia dari lelaki dan wanita untuk:

  • Memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri
  • Mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejaran manusia di bumi ini.

Ini semuanya adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan urusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

konsep perkahwinan


Islam mempunyai konsep perkahwinannya yang tersendiri. Perkahwinan di dalam Islam bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata, mencari keseronokan atau memenuhi tuntutan naluri sahaja, tetapi lebih daripada itu; perkahwinan dalam Islam mempunyai matlamat dan tujuan yang lebih luas lagi, sebahagian dari tujuan dan matlamatnya adalah :

  • Perkahwinan merupakan suatu Fitrah
  • Perkahwinan merupakan suatu Ibadah
  • Menjaga Kehormatan
  • Sumber Pembangunan Individu dan Negara
  • Latihan Kesabaran - suatu Jihad
  • Kasih Sayang
  • Memperluas Silaturrahim

Hikmah berkahwin


Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.

Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebabnya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan hidup mereka tidak tenteram.

Perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru. Hubungan ini wajib diperteguhkan kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat.

Hikmat Perkahwinan:

  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T

Membina Rumahtangga


Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian pernting masyarakat dan tidak seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Sebuah rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan penyusunan.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip:

  • Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama
  • Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewajipan terhadap anak-anak, nafkah peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.
  • Ciri-ciri Mencari Jodoh


    "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."(Diriwayatkan oleh Ibn Majah)

    Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.

    Rasulullah S.A.W melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama.

    Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

    Antara ciri-ciri yang patut dilihat dalam mencari jodoh ialah:

    • Beragama
    • Keturunan bakal isteri/suami
    • Keadaan hidup keluarga bakal isteri/suami

    Kewajipan & Tanggungjawab


    Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Di sini digariskan beberapa kewajipan penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

    Kewajipan Suami

    • Sebagai ketua keluarga, pelindung isteri dah anak-anak
    • Mengawal, membimbing, berusaha mencari keperluan hidup keluarga seperti rumah kediaman, pakaian dan makan minum
    • Mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama

    Kewajipan Isteri

    • Bergaul dengan suami secara baik.
    • Mengendalikan kerja-kerja rumah
    • Berhias untuk suami
    • Taat kepada suami
    • Menjaga kehormatan dan nama suami

    Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaffah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.W.T.